dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI eSukan LMS - Kesihatan Fizikal Pemain e-Sukan

6 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Februari 2026, telah berlanngsung NADI eSukan LMS - Kesihatan Fizikal Pemain e-Sukan. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami kepentingan sihat fizikal dalam eSukan iaitu refleks dan kos bergantung kepada keadaan fizikal, keletihan memberi kesan kepada reaksi dan keputusan, masalah fizikal boleh menjejaskan prestasi atau pasukan, kesakitan berulang tanda amalan yang salah dan kesihatan fizikal ialah asas prestasi jangka panjang. Seterusnya, peserta memahami prostur badan dan kedudukan bermain seperti duduk terlalu lama dengan postur salah, masalah biasa : sakit belakang, bahu dan leher, kedudukan skrin terlalu rendah atau tinggi, kepentingan kerusi, meja dan jarak skrin dan postur betul membantu keselesaan dan fokus. Selain itu, peserta memahami kesihatan pemain eSukan iaitu pendedahan skrin dalam tempoh panjang, mata kering, kabur dan sakit kepala, kurang rehat mata semasa latihan atau pertandingan, kepentingan rehat mata secara berkala dan mata sihat penting untuk ketepatan dan fokus. Akhir sekali, peserta memahami kesihatan tangan dan pergelangan seperti pergerakan jari dan pergelangan yang berulang, risiko kebas, sakit, atau kecederaan saraf, pegangan peranti yang tidak ergonomik, kepentingan regangan tangan dan kecederaan tangan boleh menamatkan perjalanan pemain.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.